Adolf Heusinger
Adolf Heusinger

Adolf Heusinger

Adolf Bruno Heinrich Ernst Heusinger (4 Ogos 1897 – 30 November 1982) ialah seorang Jeneral Jerman yang kerjayanya menjangkau Empayar Jerman, Republik Weimar, Jerman Nazi dan Jerman Barat. Beliau memasuki Tentera Darat Jerman sebagai sukarelawan pada tahun 1915 dan kemudian menjadi seorang askar profesional. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Operasi di staf am Markas Besar Tentera Darat Jerman dalam Wehrmacht dari tahun 1938 hingga 1944. Beliau kemudian dilantik pemangku Ketua Staf Am selama dua minggu pada 1944 selepas perletakkan jawatan Kurt Zeitzler. Pada tahun itu, Heusinger dituduh terlibat dalam plot 20 Julai untuk membunuh Adolf Hitler, tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Rakyat.Heusinger kemudiannya dilantik ketua pejabat kartografi tentera apabila perang berakhir. Selepas itu beliau menjadi Jeneral bagi Jerman Barat dan berkhidmat sebagai Inspektor Jeneral angkatan tentera Jerman Barat dari tahun 1957 hingga 1961 dan Pengerusi Jawatankuasa Tentera NATO dari tahun 1961 hingga 1964.

Adolf Heusinger

Lahir (1897-08-04)4 Ogos 1897
Holzminden, Duci Brunswick, Empayar Jerman
Kesetiaan  Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
 Jerman Barat
Anak-anak 2
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Dunia II
Meninggal dunia 30 November 1982(1982-11-30) (umur 85)
Cologne, North Rhine-Westphalia, Jerman Barat
Didahului oleh Kurt Zeitzler
Pangkat Generalleutnant (Wehrmacht)
General (Bundeswehrcode: de is deprecated )
Perkhidmatan/cawangan Tentera Darat Imperial Jerman
Reichswehr
Tentera Darat Jerman
Bundeswehrcode: de is deprecated
Digantikan oleh Heinz Guderian
Pasangan Gerda Luise Krüger (k. 1931)
Anugerah War Merit Cross
Lencana Cedera 20 Julai 1944 warna Perak
Tahun perkhidmatan 1915–1945
1955–1964